Gambaran keseluruhan Sherlock Holmes

Sherlock Holmes menggelarkan dirinya sebagai "penyiasat rundingan", satu pakar yang dibawa campur tangan dalam kes-kes yang terbukti terlalu sukar untuk penyiasat (biasanya berstatus rasmi) yang lain; kami diberitahu bahawa selalunya dia boleh menyelesaikan suatu masalah tampa meninggalkan rumah sekalipun. Secara semulajadinya aspek ini diminimakan dalam cerita-cerita sendiri, yang lebih berfokuskan kepada kes-kes lebih menarik yang memerlukannya melakukan kerja penyelidikan. Dia mengkhusus kepada penyelesaikan kes-kes aneh dan tidak biasa menggunakan kuasa luar biasanya dalam pemerhatian dan pemikiran logikal, serta sering menunjukkan kebolehan-kebolehan ini kepada pelanggan baru dengan membuat kesimpulan-kesimpulan langsung mengenai personaliti-personaliti dan aktivi terbaru mereka. Strategi pemasaran mudah ini sangat jarang tidak menimbulkan kesan dan membina keyakinan dalam perkhidmatannya (lihat dibawah).

Sir Arthur Conan Doyle menkreditkan konsepsi Holmes pada gurunya di fakulti perubatan Universiti Edinburgh, iaitu pembedah dan detektif forensik terkenal, Joseph Bell. (Sains forensik merupakan bidang yang masih baru pada ketika itu.) Tetapi beberapa tahun kemudian Bell menulis kepada Conan Doyle, "Anda sendirilah Sherlock Holmes dan anda sendiri mengetahuinya" (Baring-Gould, ms. 8). Holmes dinamakan sempena Oliver Wendell Holmes yang dikagumi Conan Doyle, dan seorang pemain kriket Inggeris bernama Sherlock — tetapi sesetengah nota awalnya memberikan namanya sebagai Sherrinford Holmes.